kehidupan di dunia

hidup ini adalah satu drama
kita pelakonnya dan pengarahnya adalah yang Esa
memainkan perlbagai peranan
walaupun tiada skrip kita mampu melakonkan

betapa ironinya hidup untuk sebuah kehidupan
pelbagai rintangan dan halangan
kita tempuhi hanya untuk sebuah kehidupan
dan ianya belum pasti apa kesudahannya

kita terus mencari satu kehidupan yang blom pasti
tp wujudkah kehidupan yg benar-benar pasti??
kita terus mencari dan mencari
tanpa sedikit pun kita mengeluh

huh!!! apakah yang sebenarnya kita cari???
kebahagian atau derita
kedua-duanya kita tak pasti

kadang kala dalam kita mencari kebahagian
kita melalui satu kehidupan yang amat menyakitkan
ianya hampir mmbuat kita tersungkur
dalam mencari erti sebuah kehidupan

inilah sebenarnya cerita kehidupan
sukar untuk diramal
sukar untuk dikaji
tapi ianya terus di ibarat seperti sebuah drama

No comments:

Post a Comment